Monday, January 31, 2011

  
diconteng: liya suki
Nak jadi kreatif dan inovatif? Contohi budak budak asrama. Kenapa mereka?

1. Biskut Milo Seterika
Mereka berjaya menghasilkan satu produk makanan baru dengan hanya menggunakan serbuk Milo dan seterika. Saya pasti syarikat Nestle sendiri tak terfikir produk Milo 3 in 1 mereka akan diseterika dan bukannya dituang ke dalam cawan.

2. Sudu Polisterin
Mereka juga berjaya menghasilkan sudu dengan hanya mematahkan cebisan polisterin. Tidak perlu saya huraikan lagi tahap inovatif tindakan mereka ini. Patah=sudu. Patah=sudu.

3. Megi Gayung
Ok yang ni saya tak pasti samada mereka kreatif atau hanya terdesak kerana tak jumpa bekas yang lebih meyakinkan untuk masak megi kari kegemaran mereka.

Anda pernah/sedang duduk di asrama? Apakah perkara paling kreatif anda pernah buat?

No comments:

Post a Comment